Newsroom
04 Dec 2018
Warta Endowmen : Penyumbang Tabung Endowmen UTM dihargai
 
Penyumbang Tabung Endowmen UTM dihargai



UTM sentiasa menghargai penyumbang yang telah menghulurkan sedekah jariah ke Tabung Endowmen UTM. Dalam Majlis UTM Academia - Industry Gala Night 2018 pada 4 Disember 2018 di Grand Banquet Hall, Residensi UTM Kuala Lumpur, pihak universiti telah menganugerahkan Endowment Contribution Excellence Award kepada Yayasan Azman Hashim dan Maha Persada Capital Sdn. Bhd. Anugerah kepada Yayasan Azman Hashim telah diterima sendiri oleh pengerusinya, Tan Sri Azman Hashim, dan anugerah kepada Maha Persada Capital Sdn Bhd. diterima oleh Dato' Yusof Abu Bakar.

Dalam Majlis tersebut Yayasan Azman Hashim juga telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Best Industry Award.