Newsroom
01 Jan 2019
Warta Endowmen : Perasmian AHIBS
 
Perasmian AHIBS


UTM telah mengadakan majlis perasmian Azman Hashim International Business School (AHIBS) secara berasingan. Majlis Perasmian AHIBS UTM Kuala Lumpur telah diadakan pada 15 Mac 2018 yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah ahil-ahil Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Tertinggi UTM, Pengurusan Tertinggi AmBank dan AmCorp, tetamu jemputan, staf dan pelajar UTM
 

Sementara itu, Majlis Perasmian AHIBS UTM Johor Bahru telah diadakan pada 10 Ogos 2018 yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Yayasan Azman Hashim. Pengurusan Tertinggi UTM, AmBank, Yayasan Azman Hashim, tetamu jemputan dan staf AHIBS turuf hadir memeriahkan majlis perasmian.